Tuesday, 19 July 2011

Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mengandung dan Bayi



 " Ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak
menyempurnakan penyusuan ibu. "


~ Surah : Al-Baqarah : 233 ~


  • Menurut hasil kajian daripada "American Journal of Clinic Nutrition" tahun 1998, apabila ibu yang menyusukan anak mengambil makanan daripada minyak kelapa (terutama minyak kelapa dara, kelapa parut dan santan kelapa) secara signifikan kandungan lauric acid dan capric acid dalam air susu ibu akan meningkat.
  •  Lemak susu ibu mengandungi komposisi yang unik terutama lauric acid dan capric acid yang berfungsi sebagai " antimicrobial fatty acids". Ini seterusnya dapat memberikan perlindungan kepada bayi yang disusukan dari berbagai virus seperti HIV , Herpes , bakteria (chlamydia & helicobater) dan protozoa (lamblia).
  • Dalam Minyak Kelapa Dara @ VCO kaya dengan kandungan MCFA (Medium Chain Fatty Acid). MCFA berfungsi sebagai :
1. memudahkan bayi menyerap nutrisi.
2. memperbaiki penyerapan vitamin, dan protein yang boleh dilarutkan oleh lemak
3. memberikan perlindungan kepada bayi daripada serangan virus, bakteria dan kulat yang berbahaya
4. meningkatkan penyerapan kalsium yang penting bagi pertumbuhan bayi.

  • Kelenjar susu menghasilkan sedikit MCFA yang terdiri dari lauric acid dan capric acid sebagai komponen utama pada air susu ibu. 

  • Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI).MCT mempunyai kesan nutrien yang sama dengan air susu ibu. MCT tidak perlu dihuraikan lagi dan akan meresap ke dalam sistem penghadaman dan menghasilkan sumber tenaga yang tinggi dalam badan.

  • Ibu yang menyusu mengambil makanan yang kaya MCFA seperti minyak kelapa dara akan meningkatkan MCFA sehingga 3 kali ganda.

  • Sebaiknya, ibu yang hamil harus memulakan pengambilan makanan yang kaya dengan MCFA terutama lauric acid dan capric acid (sebagai antimikrobial) maka susunya akan memberikan manfaat yang maksima kepada bayinya.

  • Kalau ibu tidak mengambil makanan yang mengandungi MCFA,  dan tidak makan pada saat menyusui, maka kelenjar susu hanya akan mampu menghasilkan sekitar 3% lauric acid dan 1% capric acid. Akibatnya, bayi akan kurang mendapat nutrisi dan perlindungan antimikrobial.

* sumber rujukan : Internet





Contact me  for more info :
email : saadiah.halimmatun@gmail.com
SMS : 012 - 7440695

No comments:

Post a Comment